Home Ads

Perihal

Perihal

Apa itu Light Novel?

Secara ringkasnya Light Novel ialah cerita ringan berbentuk tulisan yang mudah dibaca. Berbeza dengan novel biasa, kebiasaanya Light Novel ini akan diselitkan sekali dengan illustrasi-ilustrasi seperti manga. Di Jepun Light Novel kebanyakkannya diadaptasi dari manga atau anime.

Light Novel adalah bacaan untuk hiburan, jadi gaya penulisnya berbeza dengan sastera yang disasarkan untuk orang dewasa. Light Novel biasanya menggunakan gaya penulisan mudah dan sederhana yang mana sesuai untuk remaja.

Di Malaysia, Light Novel sedang meningkat naik. Kebanyakkan penulis akan berkongsi cerita mereka di laman wattpad, blog dan juga di facebook. Sebenarnya kita mempunyai ramai bakat penulis Light Novel yang mana boleh diketengahkan dan mereka ini mempunyai follower tersendiri.

Untuk itu, laman web Matnovel di wujudkan. Ia adalah untuk menghimpunkan penulis Light Novel seluruh Malaysia dan juga dapat memudahkan peminat Light Novel Malaysia untuk membaca.

Diharapkan dengan wujudnya laman web Matnovel, dapatlah membuka pelbagai peluang untuk penulis Light Novel di Malaysia.

Sekian.

No comments:

Post a Comment